Tuesday, February 8, 2011

Akal Manusia | Renungan Hadis

Dari Aisyah r.a katanya:"Sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad melihat Tuhannya, sesungguhnya orang itu dusta kerana Allah mengatakan:"Pemandangan tidak sampai kepada-Nya". Dan sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad mengetahui hal yang ghaib, sesungguhnya orang itu dusta kerana Tuhan mengatakan:"Tiada mengetahui hal yang ghaib melainkan Allah."(Muslim)

Huraian Dan Pengajaran:

  • Sesungguhnya segala yang sabit wujudnya di alam maya ini adalah lebih luas daripada apa yang dapat dicapai dengan pancaindera mahupun peralatan canggih ciptaan manusia.
  • Demikian fahaman akal manusia yang pendek dan terbatas. Dengan itu ternyata bahawa sebarang usaha untuk mengetahui perkara-perkara yang ghaib dengan jalan akal yang tenaganya terhad dengan batasan-batasan hidup di bumi ini semata-mata, adalah suatu usaha yang sia-sia, yang sudah tentu akan menemui kegagalan.
  • Tenaga akal yang dikurniakan Allah kepada manusia sebenarnya ialah untuk menjalankan tugas mengatur kehidupan dalam alam ini dengan cara memerhati, mengkaji dan mengambil kesimpulan untuk mencapai kemakmuran dan kemakmuran hidup di dunia dan akhirat, bukan digunakan pada perkara-perkara yang tidak dapat dikuasainya yang akhirnya menyebabkan berlakunya kesesatan

Sunday, January 16, 2011

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama



4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Tuesday, September 21, 2010

tilawah Al-quraan Di Surau Darul Salam


Kalimah Allah


Kalimah Allah Didapati Pada Seketul Daging Di Majlis Sambutan AidilFitri Surau Darul Salam,Paka Pada 18/9/10...Allahuakbar "

Saturday, June 19, 2010

ramadhan 1

dakwah 1



Sesunggohnya lahir nya insan di sambut dengan azan,pergi nya insan di iringi dengan solat,Alangkah singkatnya hidup jika jaraknya hanya antara azan dan solat.
"Hargai lah setiap hari yang berlalu."